470 ditahan kerana langgar SOP

    0
    915
    KETUA Balai Polis Air Itam, ASP Mohamad Fazly Abdullah (kanan) bersama anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan rondaan di kawasan Kampung Masjid, Jalan Zoo di sini sempena perayaan Aidilfitri semalam bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi. --fotoBERNAMA

    PUTRAJAYA — Sebanyak 14 kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang dikesan merentas negeri dan berada di kampung halaman tanpa kebenaran.

    Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata mereka dikesan dalam pemeriksaan polis pada hari raya pertama semalam.

    Sementara itu, 214 kompaun dikeluarkan di sekatan jalan raya terhadap mereka yang mencuba merentas negeri tanpa kebenaran.

    “Polis akan mengambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media hari ini.

    “Semalam juga, sebanyak 1,243 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung diarah berpatah balik.”

    Negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor (685), Negeri Sembilan (133), dan Pahang (72).

    Sementara itu, seramai 470 individu ditahan atas kesalahan melanggar tatacara operasi standard.

    Daripada angka itu, 87 direman dan 23 lagi dijamin.

    “Polis turut mengeluarkan kompaun kepada 383 individu atas kesalahan melanggar SOP,” katanya.

    Semalam, pihak berkuasa membuat 60,528 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

    Sebanyak 3,675 pasar raya, 3,102 restoran, 330 penjaja, 753 kilang dan 3,742 bank diperiksa.

    Pemeriksaan juga dibuat di 1,022 terminal pengangkutan darat, 168 terminal pengangkutan air, dan 101 terminal pengangkutan udara.

    Dalam pemeriksaan itu, sebanyak 23,633 buah kenderaan persendirian, 1,318 kenderaan awam, dan 19 vessel diperiksa.

    Turut diperiksa 1,192 pasar awam, 4,720 tempat ibadah, 1,392 tempat riadah, dan 247 tapak binaan.

    https://bit.ly/2ZzUBpK

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here