La Liga Sepanyol mungkin diteruskan 11 Jun

0
368
FOTO: Instagram Ever Banega.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PERLAWANAN secara tertutup antara Real Betis dan Sevilla mungkin akan memulakan musim bola sepak Sepanyol pada 11 Jun depan.

Pengarah La Liga Javier Tebas memberitahu TV Sepanyol bahawa beliau berharap perlawanan tersebut akan dilihat sebagai dedikasi kepada semua mangsa Covid-19 yang meninggal dunia.

Dalam pada itu Tebas turut memberi amaran kepada empat pemain Sevilla supaya lebih berhati-hati dengan tindakan mereka selepas berita mereka melanggar SOP ketika menghadiri satu majlis sosial ditularkan dengan meluas.

Antara yang tidak mematuhi SOP dalam satu gambar yang dimuat naik ke Instagram termasuk Ever Banega, Luca Ocampos, Franco Vazquez dan Luuk de Jong.

Sepanyol telah melonggarkan perintah ‘lockdown’ tetapi perhimpunan melebihi 10 orang tidak dibenarkan.

Tebas berkata pemain bola sepak adalah contoh ketara kepada masyarakat dan oleh itu mereka seharusnya lebih berhati-hati.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here