Pemimpin wajib dengar teguran

Oleh Adi Sukma, LLB(Reading) &Prof Emeritus Hashim Yaacob , Dip Islam Stud (UIAM)

RAMAI orang berpangkat tidak suka ditegur. Kalau ditegur terus melenting. Orang seperti ini kalau benarlah dia orang yang beriman dan kasihkan Allah SWT, dia hendaklah membaca Al – Quran Surah ‘Abasa (80).

Yang lebih teruk lagi ialah orang berpangkat yang langsung tidak mahu bertemu orang, sebab tidak atau takut ditegur. Orang seperti ini sangat perlu membaca al-Quran Surah ‘Abasa (80).

Mahukah ditunjukkan apakah Surah ‘Abasa itu?

Surah ‘Abasa 80, ayat 1-12  berbunyi:
“Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasai dirinya sudah cukup, tidak berhajat lagi( kepada ajaran Al-Quran) maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Ada pun orang yang segera datang kepadamu, dengan perasaan takutnya ( melanggar perintah-perintah), maka engkau melengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi sedemikian itu!  Sebenarnya ayat-ayat al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirrinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya”.

Secara ringkas, ayat ini menceritakan mengenai Abdullah bin Umm Maktum, seorang sahabat Rasulullah SAW yang buta mata telah bertemu dengannya kerana ingin meyampaikan hajat. Ketika sampai kehadapannya,  Rasulullah SAW sedang berurusan dengan salah seorang pembesar Kafir Quraish, dengan harapan untuk mengislamkannya.
Kerana Abdullah tidak dapat melihat, dia tidak tahu yang Rasullah SAW sedang berurusan dengan Quraish itu, maka Abdullah lalu bertaya kepada Rasullullah SAW sesuatu.

Baginda lalu  meminta Abdullah supaya menunggu sekejap hingga selesai urusannya. Baginda berpaling daripada Abdullah dengan muka yang masam, dan menghadapi ke arah Quraish itu.

Lantaran itu, maka Allah SWT menurunkan Surah ‘Abasa, menegur Rasulullah supaya tidak melakukan perkara seperti itu lagi.

Selebihnya saudara  bolehlah baca dan belajar dengan panduan.

Allah SWT juga berfirman supaya manusia saling tegur-menegur antara satu sama lain apabila berlaku perkara yang tidak baik:

“….Mereka antara satu sama lain, selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka selalu perbuat itu (QS 3 :110)”.

Dari Abu Said Al Khudri r.a. , berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda “Siapa melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangan . Jika tidak mampu maka  rubahlah dengan lisan. Jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hati, iaitu perlakuan yang merupakan  selemah-lemahnya iman”.

Kami menulis rencana ini bukan dengan tujuan untuk mengajar sesiapa, tetapi hanya untuk menyediakan bahan bacaan yang kami rasa wajib diteliti oleh mereka yang diberi Restu oleh Allah SWT mentadbir manusia. Sebagai Penguasa, mereka DITUNTUT oleh Allah supaya bersedia untuk mendengar teguran dan pandangan manusia yang mereka pimpin.

Hayatilah Surah ‘Abasa (80). Semoga bermanfaat.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here