Wang kemenangan Hockademy ghaib?

0
427

PRESIDEN Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman akui amat kecewa dengan pengurusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berikutan masih terus membisu berhubung hadiah kemenangan Liga Hoki Wanita Malaysia 2020.

Skuad Hockademy Wanita yang berada di bawah naungan KLHA telah menjuarai saingan liga tersebut pada Februari lalu namun sehingga kini masih belum meraih hadiah kemenangan RM50,000 serta tambahan RM15,000 kerana muncul naib juara Piala Vivian May Soars.

Menurut Megat D Shahriman, beliau bertambah kecewa apabila tiada langsung maklum balas diberikan oleh pihak MHC berhubung perkara berkenaan.

“Duit kemenangan mungkin sudah ghaib agaknya.

“Kami tidak dapat apa-apa maklum balas sehingga hari ini dan bagi saya hadiah kemenangan tersebut amat penting buat semua pemain ketika ini,” katanya dalam program khas BlindSide terbitan RTM Sports MyFreeView 111, baru-baru ini.

Pada 17 Februari lalu Hockademy memahat sejarah baharu apabila menjuarai Liga Hoki Wanita Malaysia 2020 dalam penyertaan sulung mereka.

Bagaimanapun, hasrat pasukan itu merangkul kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila tumpas kepada PKS Uniten 1-2 dalam aksi final Piala Vivian May Soars.

#rtmsportsnews #hoki #hockademy

-BebasNews/SS Dhaliwal

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here