Selepas diserang belalang juta, India kini dilanda panas terik

0
405

PERIT… Sebahagian besar India kini ibarat cair akibat gelombang haba dengan suhu cecah 50 darjah Celsius dan ibu negara pula mengalami panas terik pada bulan Mei sejak hampir dua dekad.

Cuaca panas luar biasa itu dijangka melanda utara India selama beberapa hari, menurut Jabatan Meteorologi dengan beri amaran gelombang panas teruk di beberapa buah kawasan terpencil.

Situasi perit itu diburukkan lagi dengan serangan belalang juta yang terbesar dalam hampir tiga dekad apabila memusnahkan lebih 50,000 hektar tanaman di bahagian tengah dan barat India.

Serangga perosak itu membentuk 10 kumpulan dengan setiap sebuah dikesan terbang dalam ukuran sekilometer persegi memusnahkan tanaman di negeri Rajasthan dan Madhya Pradesh.

Senario itu mengejutkan para petani yang masih bergelut perintah berkurung susulan penularan Covid-19 dan pada masa sama harungi suhu panas terik seumpama sudah jatuh ditimpa tangga.

Gelombang haba adalah sesuatu yang lazim berlaku di India, khususnya pada bulan Mei dan Jun akibat peningkatan suhu global malah pada tahun lalu, puluhan orang dilaporkan maut.

Churu di utara negeri Rajasthan merupakan kawasan paling panas dengan suhu 50 darjah Celsius, manakala sebahagian Punjab, Haryana dan Uttar Pradesh pula 40 darjah Celsius.

Sementara itu pejabat cuaca tempatan merekodkan sebahagian kawasan ibu negara, New Delhi merekodkan hari terpanas dalam masa 18 tahun, apabila suhu mencecah 47.6 darjah Celsius.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini, namun gelombang haba sudah bunuh 3,500 orang sejak 2015 dan hanya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, angka kematian mula turun.

Isu gelombang panas turut menambahkan lagi masalah kepada negara terbesar di rantau Asia Selatan itu yang sudah pun berhadapan dengan cabaran jangkitan wabak maut virus korona.

India kini merupakan antara 10 negara paling tinggi jangkitan Covid-19 di dunia, menyaksikan peningkatan sebanyak 150,000 penghidap positif semalam dengan hampir 4,500 kes kematian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here