Penaja tampung kos kuarantin pelajar pulang dari luar negara, kata Ismail

Separuh dibayar penaja, separuh dibayar oleh kerajaan.

0
339
fotoBERNAMA

PUTRAJAYA — Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini membuat keputusan penaja bertanggungjawab menampung kos kuarantin selepas pelajar tajaannya pulang ke Malaysia.

Beliau berkata langkah itu bermula 1 Jun ini ke atas semua pelajar tajaan di luar negara yang tamat pengajian.

“Jadi ibu bapa tidak perlu risau. Separuh dibayar penaja, separuh dibayar oleh kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata polis mengeluarkan 64 kompaun atas kesalahan ziarah Aidilfitri manakala 244 kompaun dikeluarkan di lapangan, yang mana 203 dikeluarkan di sekatan jalan raya.

“Semalam polis menahan dan mereman 187 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Polis turut mengeluarkan kompaun kepada 728 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB,” katanya.

Ismail berkata polis juga mengenakan 150 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 194,813 kenderaan.

Katanya, sebanyak 842 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung diarah berpatah balik oleh polis berbanding 824 pada hari sebelumnya.

“Negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor (514), Negeri Sembilan (54) dan Melaka (51),” katanya.

https://bit.ly/3gvqc28
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here