PPBM pecat Dr Mahathir, Mukhriz dan Syed Saddiq

0
1026

Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemudanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 5 ahli Parlimen yang dipecat parti itu kerana menentang penubuhan kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam surat pemecatan bertarikh hari ini yang dilihat FMT, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah turut dipecat bersama 3 pemimpin itu.

Menurut surat itu, ahli Parlimen terbabit duduk bersama blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat sehari pada 18 Mei lalu.

“Maka dengan ini, dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan PPBM, keahlian anda dalam PPBM adalah terhenti serta-merta.”

Fasal 10.2.2 perlembagaan PPBM menyatakan pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka mengisytiharkan keluar parti.

Fasal 10.2.3 pula menyatakan pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka menyertai atau menjadi ahli parti politik lain.

FMT sedang menghubungi Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya yang menandatangani surat pemecatan itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/28/ppbm-pecat-dr-m-mukhriz-dan-syed-saddiq/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here