Tikus ‘Mission Impossible’ sindir pengingkar rentas negeri PKP

0
370
TIKUS yang jauh kecil saiznya, menggulingkan diri di hadapan dua kucing yang seolah-olah terpukau dengan aksi ala 'Mission Impossiblenya'. Foto video Twitter, [email protected]

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

SEAKAN-AKAN satu satira kepada sikap ‘ketegaq’ segelintir orang yang cuba menggunakan ‘laluan tikus’ untuk balik kampung merentas negeri sempena Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Letaklah sekatan jalan raya macam mana pun selain amaran denda atau kompaun, masih ada rakyat yang tidak peduli dan mengingkarinya malah beranggapan ‘tidak apa’ dengan risiko penularan Covid-19.

Lucu, bijak, kreatif dan menghiburkan. Begitulah yang dapat dirujuk kepada sebuah klip video seekor tikus yang menggulingkan diri sambil memukau dua kucing di kiri dan kanannya.

Video selama sembilan saat yang dimuat naik pemegang akaun laman sosial Twitter, [email protected]_, tertera dengan kapsyennya, “jika anda bertanya , ya. Itu tikus.”

Video ini mendapat lebih 716,000 tontonan, 36,000 ciap balas warganet dan lebih 37,000 sukaan mereka sejak tersiar Selasa lalu.

Ada kalangan mereka yang menyatakan terhibur dengan gelagat tikus itu dan menyamakannya dengan aksi Jerry, watak tikus yang kerap bermusuh dengan Tom, kucing dala siri kartun popular, ‘Tom and Jerry’.

Dalam nada berseloroh, Neyzar#[email protected] menciap, “kucing itu tidak jalankan tugasnya. Pecatnya.”

“Tikus ini belajar dengan Jerry ke teknik hendak memperbodohkan kucing, ilmunya sampai antarabangsa,” komen [email protected]

Daripada akaun [email protected], dia mengulas video dalam bahasa Inggeris: “Tikus ini seekor ejen rahsia yang cukup terlatih.”

Tidak ketinggalan terdapat satu komen menarik dan seperti mengandungi fakta maklumat berunsur kesihatan yang mungkin ada kebenarannya, daripada [email protected]

“Namun apakah maknanya jika tikus berguling-guling? Tikus akan berbuat begitu apabila mendapat satu jangkitan pada bahagian dalaman telinganya.

“Mungkin akibat mycoplasma atau bakteria. Radangan pada dalaman telinganya menjejaskan kemampuannya untuk merasai ruang sekitarnya, jadi haiwan ini mula berguling.”

[email protected] meninggalkan komen juga dalam bahasa Inggeris bermaksud: “Jika kamu tidak dapat lari daripada mereka, bergulinglah terhadap mereka. Tikus hebat.”
Komen memuji secara lucu pula diciap [email protected]:

“Ahhahhahah pandai tikus itu, kalau tidak, mesti kena makan (oleh kucing).”

Namun Princess 다야나@dayanazlin_ memberikan reaksi sebaliknya masih bernada seloroh, “(tikus itu) ingat sudah pandailah, golek-golek sekali tidak boleh masuk bawah kabinet.”

Walau bagaimanapun [email protected] sempat memberi nasihat dan peringatan kepada pemelihara kucing-kucing dalam video itu. Ciapnya dalam bahasa Melayu bercampur Inggeris.

“Walaupun nampak kelakar, cuba cari atas talian, sebab rasanya pernah ada baca dulu kalau tikus yang berguling-guling macam itu ada sesuatu yang tidak kena. Jangan biarkan kucing kamu mendekati tikus itu, tolonglah,” nasihatnya.

Ciapan balas [email protected] turut mencuit hati kerana menyamakan telatah tikus ‘Jerry’ ini dengan video gelagat bintang bola sepak Brazil, Neymar yang keterlaluan ‘berlakon’ berguling selepas terkena seorang pemain lawan dalam satu perlawanan.

“Neymar, itulah budak saya,” ciapnya dalam bahasa Inggeris.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here