PKPB disambung lagi berita palsu, kata Ismail

    0
    436
    fotoBERNAMA

    PUTRAJAYA — Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri berkata laporan mengatakan kerajaan memutuskan untuk menyambung perintah kawalan pergerakan bersyarat yang tamat pada 9 Jun disahkan palsu.

    Orang ramai diminta tidak mempercayai berita itu dan mengalakkan mereka layari laman Majlis Keselaman Negara (MKN) bagi mendapatkan perkembangan terkini sektor perniagaan yang dibenarkan dibuka ketika PKPB.

    “Tular kita telah tetapkan sambungan PKPB ini, dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP), pelbagai premis perniagaan dibenarkan dan pelbagai lagi itu, berita palsu.

    “Kalau nak periksa betul-betul SOP, periksa dalam laman web MKN. Sangat jelas mana dibenarkan industri dan sektor perniagaan,” katanya pada sidang media hariannya.

    Ismail berkata PKPB akan disambung atau tidak akan diputuskan kemudian.

    https://bit.ly/2Xdl1Mp

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here