Sidang media Redzuan, Shahruddin jam 5 petang

0
890

KETIKA spekulasi bertiup kencang bahawa ada anggota jemaah menteri akan mengundurkan dirinya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof dijadual mengadakan sidang media pada jam 5 petang di ibu pejabat Bersatu.

Beliau akan disertai oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Md Salleh.

Sekiranya kedua-dua mereka menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional, ini akan menyaksikan parlimen yang tergantung.

PN akan hanya mempunyai 111 anggota parlimen, dengan Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan dan Warisan juga memiliki 111.

https://bit.ly/2XcCSmL

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here