Covid-19 di Malaysia: 103 kes baru, 84 melibatkan warga asing

    0
    292

    MALAYSIA mencatatkan 103 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,732 kes.

    Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lonjakan kes baru adalah melibatkan jangkitan terhadap warga asing.

    Daripada 103 kes baru, tujuh merupakan kes import.

    Daripada 96 kes jangkitan tempatan pula, 84 kes melibatkan warga asing, yang terdiri daripada 53 kes dari kluster Pedas, iaitu membabitkan syarikat kilang memproses ayam di Negeri Sembilan.

    Sebanyak 24 kes dikesan melibatkan kluster syarikat pembersihan.

    Justeru, kata Noor Hisham, hanya 12 kes melibatkan warganegara malaysia.

    Setakat tengah hari tadi, 66 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,235, atau 80.64 peratus daripada keseluruhan kes.

    Mengambil kira kes yang sudah sembuh, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,382 kes.

    Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.

    https://bit.ly/2TQuerX
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here