Petrol naik 5 sen, diesel naik 10 sen

    0
    359

    KEMENTERIAN Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 5 sen mulai tengah malam ini.

    Harga RON95 meningkat daripada RM1.38 kepada RM1.43 seliter dan RON97 daripada RM1.68 kepada RM1.73 seliter.

    Diesel pula naik 10 sen kepada RM1.61 seliter berbanding RM1.51.

    Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 5 Jun Mei.

    Kementerian Kewangan berkata, kenaikan dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak
    mentah dunia.

    “Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    https://bit.ly/2zGMWeP
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here