Tiada sidang media khas dari Redzuan

    0
    366

    PEJABAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) menafikan dakwaan Mohd Redzuan Yusof akan mengadakan sidang akhbar hari ini di Ibu Pejabat PPBM.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, pihaknya memandang serius mengenai laporan itu.

    “Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari menteri. Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin.

    “Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga penjarakkan sosial untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19,” kata setiausaha politiknya.

    Sebelum itu, terdapat edaran jemputan media, Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Shahruddin Md Salleh akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PPBM.

    https://bit.ly/2ZNOQVK
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here