Sembilan Cawangan UMNO bantah Idris Haron

0
7823
Sembilan Ketua Cawangan Dalam DUN Sungai Udang menunjukkan kain pemidang membantah keputusan Idris Haron melantik JKKP dan Sidang tanpa melalui kepimpinan parti.

Oleh Amran Mulup

MELAKA — Sembilan Ketua Cawangan UMNO dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang membantah keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut Datuk Seri Idris Haron atas pelantikan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) yang baharu dan Sidang.

Satu memorandum bantahan yang ditandatangani sembilan Ketua Cawangan UMNO telah dihantar ke Pejabat Japerun Sungai Udang oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DUN Sungai Udang, Shahrin Muharam hari ini.

Menurut Shahrin, pelantikan JKKP dan Sidang oleh Idris tidak melalui perbincangan dalam parti UMNO di peringkat penyelaras seperti lazim dilaksanakan sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum ini.

“Apa yang Idris lakukan ini jelas bercanggah dengan cara pelantikan sebelum ini.

“Yang jelas tindak tanduk Idris ini seperti menyimpan dendam dan cuba memporak perandakan penduduk kampung.

Shahrin Muharam (tengah) menunjukkan memorandum bantahan yang ditandatangani sembilan Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Sungai Udang di Japerun Sungai Udang hari ini.

“Lebih mengecewakan apabila pelantikan JKKP dan Sidang adalah dalam kalangan individu pembangkang tegar terhadap parti UMNO,” katanya kepada pemberita sejurus menghantar memorandum bantahan.

Shahrin berkata, beliau kesal semua lantikan tersebut dipilih sendiri oleh Idris tanpa ada sebarang perbincangan dengan kepimpinan parti di peringkat bahagian.

Sebagai wakil rakyat di DUN Sungai Udang, jelas beliau lagi, Idris perlu mendengar suara akar umbi dan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan sendiri.

“Perkara ini amat serius dan perlu diperbetulkan dan kita membantah keras dan menolak pelantikan yang telah dibuat oleh Idris.

Justeru Shahrin mahu Idris membuat lantikan semula JKKP dan Sidang mengikut saluran tanpa membelakangkan parti UMNO khususnya dalam kalangan Ketua-Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Sungai Udang.

Sembilan cawangan yang membantah ialah Bertam Hulu, Seri Bertam, Bukit Mentagau, Anak Ayer, Terendak Permai, Bertam Indah, Alor Jaya, Tanjung Minyak Perdana dan Bertam Impian.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here