Covid-19: 346 Pati di Depoh Machap Umbo disaring

0
276
Rahmad Mariman (tengah) meninjau ujian saringan Covid-19 ke atas 111 kakitangan Imigresen dan 346 Pati di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umbo, Alor Gajah, Melaka.

Oleh Amran Mulup

MELAKA — Sebahagian daripada 96 pendatang tanpa izin (Pati) di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umbo dekat Alor Gajah, di sini menjalani saringan Covid-19.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Rahmad Mariman berkata, ujian itu dilakukan apabila sebahagian daripada PATI didapati bergejala seperti demam dan selsema.

“Sebagai langkah berjaga-jaga kesemua Pati telah menjalani ujian saringan Covid-19. Setakat ini, di depoh ini tidak ada yang didapati
positif Covid-19.

“Apa pun kita akan menunggu keputusan dalam tempoh dua atau tiga hari ini untuk mendapat keputusan sama ada sebahagian Pati yang bergejala ini tidak dijangkiti Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, turut disaring ialah 111 kakitangan Imigresen yang bertugas di depoh berkenaan termasuk 250 Pati yang datang dari Penjara Kajang kini ditempatkan di sini sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing dalam tempoh terdekat ini.

Tambahnya, semua yang ada kaitan dengan depoh berkenaan termasuk pembekal makanan turut disaring.

Rahmad berkata, lapan pasukan membabitkan 50 kakitangan Jabatan Kesihatan bertungkus lumus sejak dari pukul 9 pagi membuat saringan Covid-19 sehingga pukul 1 tengahari.

Beliau yang melakukan lawatan singkat di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umbo melihat sendiri ujian saringan yang dilakukan ke atas semua Pati dan kakitangan Imigresen yang bertugas di situ.

Rahmad mengharapkan hasil keputusan ujian saringan itu adalah negatif dan kawalan ketat terus dipertingkatkan di depoh berkenaan bagi memastikan tiada sesiapa dijangkiti Covid-19.

-BebasNew
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here