Protes di Minneapolis: Wartawan CNN ditangkap ketika bertugas

0
617

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEORANG wartawan CNN yang ditangkap sewaktu bertugas membuat liputan protes di Minneapolis, Amerika Syarikat telah dibebaskan oleh polis tanpa dicaj.

Video penangkapan Omar Jimenez bersama jurukamera dan penerbit berita rangkaian TV antarabangsa itu menjadi tular ke serata dunia pada Jumaat, lapor bbc.com.

Polis berkata mereka ditangkap setelah tidak mempedulikan arahan supaya beredar dari lokasi.

Gabenor Minnesota Tim Walza telah memohon maaf di atas kejadian tersebut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak boleh ‘dterima’.

Bagi pihak CNN pula penangkapan Jimenez dan krunya merupakan pelanggaran hak kebebasan media di bawah perlembagaan Amerika Syarikat.

Beliau bersama kru CNN itu ditugaskan untuk membuat liputan tentang protes ganas yang memasuki hari ketiga berhubung kematian lelaki kulit hitam, George Floyd di tangan seorang anggota polis.

Kejadian tersebut menggemparkan dunia apabila sebuah video memaparkan seorang anggota polis kulit putih melutut di atas bahagian leher Floyd.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here