30 kes jangkitan baharu Covid-19, tiada kematian

0
332

PUTRAJAYA — Tiada korban baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 115 orang.

Dalam perkembangan sama, 30 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,762 orang sehingga kini.

“Ingin dimaklumkan daripada 30 kes baharu yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 27 kes penularan tempatan, 17 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia manakala kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah 10 kes sahaja,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini, seramai 1,317 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 9 di unit rawatan rapi dengan 2 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 95 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,330 orang sehingga kini.

https://bit.ly/36LCZst

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here