Penganjur Rockaway Festival 2020 pulangkan duit tiket

0
371
Rockaway Festival 2020 menampilkan ramai penyanyi ternama jika berlangsung mengikut jadual.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

AWALNYA penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan dulu Rockaway Festival 2020 pada satu tarikh baharu.

Namun acara yang sepatutnya berlangsung pada 14 – 15 Mac lalu di Stadium Bukit Jalil itu tidak dapat dijayakan pada tahun ini disebabkan pendamik Covid-19 yang tiada siapa tahu bila akan berakhir itu.

Atas dasar keselamatan orang ramai lebih penting berbanding wang ringgit penganjur Rockaway Festival 2020 dengan berat hati mengambil keputusan untuk membatal terus acara tahunan tersebut.

Bagi berlaku adil kepada mereka yang telah membeli tiket untuk menonton persembahan Cross Faith, Lacuna Coil, Atreyu, Datuk M.Nasir, XPDC, Project E.A.R, Hujan dan ramai lagi, penganjur akan memulangkan semula wang pembelian tiket kepada pembeli.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan balik bayaran sepenuhnya untuk tiket berharga RM88 – RM216, anda boleh melayari bit.ly/rockawayrefunds bermula 29 Mei hingga 15 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest. Malah info juga dapat diikuti di Instagram @RockawayFest.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here