Pelantikan baharu Ketua Penerangan BN vs PH Selangor, tanda PRU-15 sudah dekat?

0
664

1. Kelmarin, Pakatan Harapan Selangor umum pelantikan Ketua Penerangannya yang baharu, iaitu Ketua AMANAH Shah Alam, Azli Yusuf.

https://malaysiadateline.com/azli-dilantik-ketua-peneranga…/

2. Siapa Azli Yusuf? Azli merupakan Setiausaha Politik kepada Khalid Samad, yang baru-baru ini ditahan reman pada 15 Mei 2020 berikutan dituduh menerima rasuah bagi mendapatkan kelulusan perancangan pembangunan dan penipuan yang membabitkan kerugian RM1 juta.

https://www.facebook.com/korekmalaya/posts/2550890481907116

3. Kami turut menerima maklumat, Barisan Nasional Selangor melantik Ketua Penerangan yang baharu, semalam, iaitu aktivis politik dan penganalisis ekonomi, Isham Jalil.

4. Ketua Penerangan berperanan mengepalai gerakan kempen parti, yang berperanan utama memenangi sokongan rakyat. Dalam situasi ini, pelantikan Azli dibuat meskipun ketika beliau sedang panas dalam kontroversi – adakah petanda PRU semakin hampir?

5. Manakala itu, pelantikan Isham, menampakkan BN Selangor bersungguh-sungguh mahu menamatkan penguasaan PH di Selangor (dengan 19 kerusi PKR yang berpecah tetapi kukuh dengan 16 kerusi DAP).

6. Siapa Isham Jalil? Menyoroti perkembangannya, beliau konsisten membalun PH – Mahathir, Anwar dan DAP dengan siri tulisan dan ceramahnya yang berfakta dan hemah. Semasa ramai menyepi selepas BN kalah, Isham antara segelintir yang ke depan dan terus menyerang para pemimpin serta menteri PH yang berprestasi buruk lagi menyusahkan rakyat.

7. Jika diperhatikan, Isham tidak ada masalah mengkritik dan tidak takut mendedahkan kebobrokan pihak lawan. Barangkali berasbab beliau tiada kes SPRM, tiada masalah moral serta berimej bersih – maka gerak kerjanya tentu lebih kemas dan berkesan.

8. Beliau turut dilihat setia dan tegar mempertahankan Najib Razak semasa menjadi PM sehinggalah sewaktu Najib jatuh apabila BN kalah PRU-14, dan juga sewaktu Najib bangun semula sebagai ‘Bossku’.

8. Isham ahli biasa dalam UMNO, tetapi punyai pengikut akar umbi yang ramai serta dilihat berpengaruh di media sosial. Tulisannya sarat fakta dan analisis, serta menghujahkan kebenaran – bukan putar fitnah seperti Rafizi.

9. Ini bermakna, Pengerusi BN Selangor, Noh Omar tampil membawa kelainan dalam menampilkan panglima perang baharu. Dihitung kira, nampaknya BN (baca: UMNO) semakin berfikiran terbuka untuk menerima orang muda berkepakaran dan muka baharu seperti Isham dalam kepimpinan tertinggi BN di peringkat negeri.

Perubahan sebegini patut dicontohi oleh ‘warlords’ lain.

10. Maka itu, dengan pelantikan ‘tiba-tiba’ dan penuh kelainan kedua-dua Ketua Penerangan di atas, maka ia menguatkan andaian bahawa PRU ke-15 mungkin akan berlaku lebih awal daripada yang dijangka.


-BebasNews 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here