Pelancaran SpaceX: Angkasawan NASA mula misi bersejarah guna ‘teksi’ kapal angkasa swasta

0
376

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SYARIKAT jelajah angkasa lepas SpaceX berjaya melancarkan dua angkasawan NASA ke orbit.

Ia merupakan kali pertama kru Amerika meneruskan misi penjelajahan ke angkasa lepas setelah program kapal angkasa Space Shuttle dihentikan sembilan tahun lalu, lapor bbc.com.

Angkasawan Dough Hurley dan Bob Behnken bukan sahaja menguji keberkesanan sistem kapsul baharu itu, tetapi juga merintis model bisnes baharu untuk NASA.

Dengan inisiatif terbaharu ini NASA tidak lagi menggunakan kapal angkasa sendiri, tetapi sebaliknya membeli perkhidmatan ‘teksi’ angkasa yang ditawarkan oleh SpaceX.

Usaha perintis yang diterajui oleh bilionair Elon Musk ini menandakan permulaan inisiatif perluasan pasaran penjelajahan angkasa lepas oleh sektor swasta.

Bagi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pula kejayaan pelancaran oleh Space X itu dianggap sebagai satu kebanggaan kerana AS tidak lagi perlu mengharapkan bantuan negara asing untuk melancarkan angkasawan Amerika ke orbit, tetapi sebaliknya menggunakan roket milik rakyat Amerika dari bumi Amerika.

Kapal angkasa yang membawa Hurley dan Behnken berlepas dari bumi dengan dipacu oleh roket Falcon-9 pada tepat pukul 15:22 EDT (19:22 GMT) semalam.

 

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here