Rusuhan merebak luas di serata Amerika Syarikat

0
9626
FOTO: Wikimedia Commons/Lorie Shaull from St Paul, United States

Oleh Fetty Rara

OLEH kerana rusuhan telah merebak dengan begitu meluas ke serata Amerika Syarikat, beberapa bandar raya bertindak dengan mengisytiharkan darurat.

Rusuhan yang tercetus berikutan kematian seorang lelaki kuit hitam ketika ditahan polis di Minneapolis kini mengakibatkan kemusnahan teruk kedai, kenderaan dibakar dan bangunan-bangunan diserang, lapor bbc.com.

Polis terpaksa bertindak melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan perusuh.

Dalam pada itu Presiden Donald Trump menggesa supaya ditenteramkan keadaan berikutan isu kematian George Floyd yang begitu menaikkan kemarahan penduduk kulit hitam.

Beliau berkata perusuh tidak akan dibiarkan menguasai keadaan.

Sementara itu seorang anggota polis kulit putih, Derek Chauvin, 44 telah dicaj atas tuduhan membunuh Floyd, 46.

Chauvin akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin (esok).

Dalam sebuah klip video Chauvin kelihatan melutut di atas bahagian leher Floyd walaupun mangsa menjerit kerana tidak dapat bernafas.

Tiga lagi anggota polis lain telah dibuang kerja.

Apa yang berlaku di AS sekarang dilihat ramai penganalisis sebagai kemuncak kesan ketidakadilan sosioekonomi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here