Idris Haron nafi ketuai empat ADUN keluar Perikatan Nasional

0
15261
Oleh Amran Mulup

MELAKA — Bekas Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau mengetuai
lima ADUN dari Perikatan Nasional (PN) yang akan menyertai pembangkang dalam masa terdekat ini.

“Ini tidak benar! Saya masih setia dengan UMNO. Kenapa sejak akhir-akhir ini banyak tuduhan buruk dilemparkan ke arah saya. Apa yang saya buat?

“Tuduhan mengatakan saya memainkan peranan untuk menghasut empat ADUN lain untuk menyertai pembangkang adalah satu tuduhan tidak berasas,” tegasnya ketika dihubungi hari ini (31 Mei).

Idris diminta mengulas mengenai lima ADUN dari UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa telah membuat keputusan untuk berpaling tadah menyertai pembangkang.

Malah Idris turut dikatakan mengetuai empat ADUN terbabit untuk bertindak meninggalkan PN yang dibentuk Mac lalu.

Idris yang juga Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir menegaskan berita yang diviralkan itu adalah taktik kotor dan provokasi pembangkang cuba memecahbelahkan rakan-rakan dalam PN.

Beliau berkata, tidak mustahil dua ADUN dari Bersatu, DAP dan PKR ada kemungkinan akan meninggalkan PN dalam masa terdekat ini.

“Saya tahu ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Datuk Norhizam Hassan Baktee ada berhasrat ingin menjadi Ketua Menteri,” ujarnya lagi.

Menurutnya, dalam keadaan politik negara yang masih tidak stabil, situasi empat ADUN yang dulunya dari pembangkang dan menyertai PN boleh menyebabkan mereka berpaling tadah.

Katanya, beliau melihat Mohd Rafiq dan Muhammad Jailani masih goyang berada dalam PN.

Justeru beliau berkata, jika ikatan dalam PN rapuh tidak mustahil  kerajaanyang ditubuhkan Mac lalu boleh tumbang dalam sekelip mata.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here