Penunggang motosikal retak tempurung kepala dirempuh pemandu mabuk

0
446

KANGAR — Seorang penunggang motosikal cedera di kepala selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Wari Kiew berkata kejadian berlaku pada 10.10 malam dan mangsa dikenali sebagai Bishamhadi Mohamad Hasbi, 40.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta hilang kawalan dan melanggar sebuah motosikal dan belakang sebuah lori yang sedang menurunkan barang di tepi jalan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta berusia 58 tahun itu ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan mendapati lelaki terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Lelaki itu yang bekerja sebagai tukang cat hanya cedera ringan, sementara penunggang motosikal tersebut mengalami retak tempurung kepala serta kecederaan pada badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah.”

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://bit.ly/2yUiHAM

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here