Sepang Zon Merah dengan 64 kes aktif

0
1797
FOTO: NSTP.

DAERAH Sepang, Selangor dikelaskan sebagai zon merah berikutan 24 kes aktif Covid-19 baru berbanding hari sebelumnya.

Sesebuah daerah akan dikelaskan sebagai zon merah apabila ia melaporkan lebih daripada 40 kes aktif.

Infografik Kementerian Kesihatan menyatakan terdapat 64 kes aktif di Sepang ketika ini.

Peningkatan itu berkaitan Kluster Depot Tahanan Imigresen Sepang di mana 36 individu didapati positif.

Selain Sepang, zon merah lain adalah Hulu Langat (Selangor), Bukit Jalil dan Ibu Kota (Kuala Lumpur), dan Rembau (Negeri Sembilan).

Ketika ini 131 zon dikelaskan sebagai zon hijau, kawasan yang tiada kes aktif.

Sehingga kini, sebanyak 7,819 kes Covid-19 dilaporkan dengan 115 kematian. Seramai 6,353 pesakit sembuh manakala 1,351 sedang dirawat.

https://bit.ly/3gIdr48

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here