Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk

    0
    386

    KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan dijual isterinya maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk.

    Kejadian kira-kira 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

    “Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret kira-kira 2km dari lokasi kejadian.

    “Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu selepas ditahan orang awam,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata, pekerja kontrak itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, selepas menghantar makanan dijual isterinya.

    Zulkefly berkata, pemandu kereta yang bekerja di kedai aksesori kenderaan itu dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki terbabit.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

    https://bit.ly/3gQAKsO

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here