Presiden UMW meninggal dunia

0
2119
FOTO: NSTP.

KUALA LUMPUR — Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd, Badrul Feisal Abdul Rahim meninggal dunia akibat serangan jantung semalam.

Beliau berusia 51 tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya Allahyarham Badrul menyertai UMW pada 1 Okt, 2015 dan telah menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam projek mewujudkan nilai utama dalam pelbagai bahagian perniagaan.

Ini termasuk menjadikan UMW sebagai syarikat pertama Malaysia menjadi pengeluar komponen enjin aeroangkasa Peringkat 1 kepada Rolls-Royce Plc, dan kumpulan itu terus memulakan perjalanan transformasinya untuk membawa kumpulan tersebut ke tahap baharu.

“Badrul terus menunjukkan nilai-nilai yang tinggi dalam perniagaan, tadbir urus dan integriti yang tiada gantinya sepanjang perkhidmatan, hubungan peribadi dan kepimpinan beliau yang cemerlang. Kami amat sedih dengan pemergiannya,” katanya.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here