England berbelah bagi sekolah dibuka semula

    0
    746

    Oleh FETTY RARA

    PELAJAR sekolah rendah daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 di England mula dibenarkan kembali menghadiri kelas setelah 10 minggu ‘bercuti.’

    Bagaimanapun, perasaan orang ramai didapati bercampur-campur berhubung cara dan jadual sekolah dibuka, sementara  sekolah di beberapa kawasan terus ditutup, lapor bbc.com.

    Di Aylesbury, Sekolah Rendah Long Crendon merupakan antara yang dibuka.

    Seorang guru, Simon Poote berkata tindakan membuka sekolah tidak sepatutnya dibantahi kerana manfaatnya melebihi risiko yang ‘begitu minimum.’

    Beliau berkata dengan langkah-langkah rapi yang telah diatur segala-galanya akan berjalan lancar.

    Poote berpendapat adalah amat penting bagi pelajar kelas-kelas permulaan kembali ke sekolah kerana golongan ini amat memerlukan pembangunan bimbingan emosi, sosial dan keperibadian di sekolah.

    Sementara itu, ahli majlis bandaran Brighton & Hove di selatan England, John Allcock berkata mereka telah memutuskan untuk tidak membenarkan sekolah dibuka sehingga mereka betul pasti keberkesanan perkhidmatan ujian dan pengesanan yang dilancarkan pada 28 May terbukti berkesan.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here