Bedah siasat: George Floyd mati kerana asfiksia

0
563

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BEDAH siasat ke atas George Floyd, lelaki kulit hitam yang mati di tangan polis kulit putih di Minneapolis adalah disebabkan asfiksia (kekurangan oksigen).

Bedah siasat yang dilakukan oleh dua pakar autopsi bebas mendapati beliau meninggal dunia kerana tekanan pada bahagian leher dan belakang oleh beberapa pegawai polis, lapor bbc.com.

Hasil pembedahan itu jelas berbeza daripada keputusan oleh pakar autopsi kerajaan sebelum ini yang mendakwa tidak terdapat bukti berlaku ‘trauma asfiksia.’

Selain itu, pakar bedah yang digunakan oleh pihak polis berkata Floyd mati kerana komplikasi kesihatan sedia ada.

Hasil autopsi oleh dua doktor pakar yang digunakan oleh keluarga mendiang mendapati bahawa apa yang berlaku adalah satu pembunuhan.

Sebuah video yang menunjukkan seorang anggota polis melutut pada bahagian leher Floyd walaupun beliau mengadu tidak dapat bernafas telah mencetus kemarahan sejak ia mula ditularkan minggu lalu.

Kematian Floyd telah menyebabkan rusuhan selama enam hari berturut-turut di beberapa bandar raya Amerika Syarikat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here