Putrajaya digesa tarik penduduk Hong Kong tak puas hati akta keselamatan China ke Malaysia – pakar ekonomi

    Beliau berkata Malaysia boleh mendapat manfaat daripada penghijrahan penduduk Hong Kong melalui pelaburan asing yang tinggi, peningkatan perbelanjaan dan keupayaan keusahawanan serta mewujudkan peluang pekerjaan.

    2
    11247

    SEORANG pakar ekonomi menggesa Putrajaya menarik individu ingin keluar dari Hong Kong atas faktor ekonomi dan undang-undang keselamatan kontroversi yang dilaksnaakan Beijing, ke Malaysia.

    Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata, Malaysia mampu menarik minat orang kaya dari Hong Kong kerana mempunyai infrastruktur dan banyak penerbangan serta tidak terlalu jauh dari pulau itu.

    Beliau berkata, kerajaan patut mempromosikan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dalam kalangan mereka.

    “Hartanah di sini agak murah dan kos sara hidup lebih murah.”

    Visa MM2H selama 10 tahun membolehkan ekspatriat keluar dan masuk ke negara ini tanpa had.

    Yeah berkata, MM2H digabungkan dengan insentif dan dasar mesra perniagaan untuk menarik pelabur asing, akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk ramai individu yang ingin meninggalkan Hong Kong.

    “Apa yang kurang ialah promosi dan pemasaran bersepadu untuk meningkatkan profil Malaysia sebagai antara pilihan utama untuk penghijrahan atau rumah kedua.”

    Beliau berkata, Putrajaya boleh memperuntukkan sumber untuk program MM2H dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan penghijrahan swasta dan agensi untuk memudahkan proses permohonan serta penempatan semula.

    “Agensi promosi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan rakan mereka di kedutaan Malaysia boleh bekerjasama dengan persatuan perdagangan dan pemaju hartanah untuk memanfaatkan peluang penghijrahan dan pelaburan asing yang dicari penduduk Hong Kong.”

    Yeah berkata, Malaysia boleh mendapat manfaat daripada penghijrahan penduduk Hong Kong melalui pelaburan asing yang tinggi, peningkatan perbelanjaan dan keupayaan keusahawanan serta mewujudkan peluang pekerjaan.

    “Ini boleh menjadi rangsangan untuk pemulihan ekonomi Malaysia daripada Covid-19.

    “Tambahan, menarik individu bernilai tinggi ke Malaysia akan membantu mengurangkan lebihan hartanah kediaman dan komersial mewah di pusat bandar.”

    Seorang lagi pakar ekonomi, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata Malaysia perlu merebut peluang untuk menarik pelaburan dari Hong Kong.

    Katanya, pulau itu merupakan pangkalan bagi banyak perkhidmatan ekonomi digital bernilai tinggi dan jika syarikat dalam industri itu berpindah ke Malaysia, ia akan memberi manfaat kepada negara melalui pemindahan pengetahuan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

    “Kita adalah kawasan neutral dan terbuka kepada semua pasaran.

    “Ini adalah tempat baik bagi penduduk Hong Kong menubuhkan pangkalan kerana jarak dekat dan ketersambungan kepada Hong Kong dan China, yang merupakan pasaran mereka.”

    Katanya, kerajaan perlu meneliti pembangunan pakej untuk menarik mereka, termasuk penubuhan taman teknologi dan pusat inovasi.

    https://bit.ly/2Xmhvzy

    Please follow and like us:

    2 COMMENTS

    1. Cadangan paling bangsat nk meramaikan bangsat d msia,,oiii pakar2 d msia cina india melayu yg pakar d msia ni dah mampus ke sampai nk import masuk.binawe2 drpd hongkong

      • So disgusting……ini tanahair orang melayu setidak tidaknya orang Malaysia walau ramai tak patriotik lansung pada Malaysia…tolo g hentikan malaysia second home!!!!!!…dasar paling bodoh yang pernah org politik adakan!!!

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here