Kuatnya pengaruh Upin Ipin

0
854
Karakter Upin Ipin menjadi ikutan anak-anak kecil.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PERNAH tak anda menghadapi kesukaran untuk menegur kelakuan anak yang nakal. Mesti sakit hati sebab mereka tak mahu dengar cakap. Ibarat kata orang, dah berbuih mulut bercakap tapi mereka buat endah tak endah saja.

Sekali anda kata, cikgu cakap perkara itu tak baik dibuat begitu barulah mereka akan dengar kata, betul tak? Selain cikgu, ada lagi yang berpengaruh untuk menggubah fikiran anak-anak kecil adalah karakter kartun Upin Ipin.

Kalau kita larang mereka melakukan sesuatu, jawapan yang diberi, kenapa Upin Ipin boleh buat! Pernah hadapi situasi begitu? Atau terpacul daripada mulut anak kecil yang mengatakan mama ni garang macam Kak Rose.

Siapa pula Kak Rose tu? Kak Rose adalah kakak kepada Upin Ipin yang sering marah adik-adiknya itu. Lagi satu, kalau anak-anak kata nak makan ayam Upin Ipin, jangan tak tahu itu adalah bahagian paha.

Baru-baru ini kecoh bukan setakat di Malaysia tapi juga di Indonesia yang mempertikai dialog dalam siri kartun terbitan Les’ Copaque Production itu, gara-gara mulut tak berinsurans Fizi.

Fizi adalah kawan Upin Ipin dan antara kata-katanya kepada adik beradik yang merupakan anak yatim piatu itu“ Tak ada ibu, tak adalah syurga”.

PU Azman meminta orang ramai mengambil iktibar atas kata-kata Fizi daripada sudut positif.

Ungakapan itu dianggap terlalu kasar untuk diucap oleh seorang kanak-kanak dan tambahan pula siri tersebut menjadi pilihan penonton cilik.

Ramai yang kecam Fizi, terutama golongan dewasa dan meminta pihak produksi ‘mengajar’ sikit watak tersebut.

Ekoran daripada teguran netizen yang bertalu dari Malaysia dan Indonesia, Les’Copaque telah mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf atas kontroversi dialog tersebut menerusi Instagram Upin Ipin.

Jelas produksi, Fizi adalah seorang yang lurus dan tidak tahu apa yang dikatakan kadang-kadang menyinggung perasaan orang lain.

Lain pula halnya dengan penceramah bebas Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman. Beliau tidak marah Fizi kerana baginya itu adalah realiti sebenar seorang kanak-kanak yang menutur berdasarkan pandangannya tersendiri.

Katanya dalam Instagram, ‘Korang jangan salahkan Fizi. Cik Man tak setuju korang salahkan dia. Dia budak kecik. Fikir ikut logik. Kita yang dewasa ni perbetulkan keadaan.

“Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban dosa. Bercakap apa yang mereka faham. Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jad kanak-kanak,” tulisnya.

Tambah Pu Azman atau selesa membahasakan diri sebagai Cik Man, orang ramai perlu melihat watak Fizi dari sudut positif.

“Pertama, untuk pemasaran Upin Ipin itu sendiri. Kedua, dan ini lebih penting, bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul.

“Ini kerana Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak. Lebih sadis yang tua bangka pun ada yang fikir macam Fizi,” jelasnya yang juga seorang pakar motivasi.

Dalam pada itu, beliau sempat memberi kata-kata penyejuk hati kepada mereka yang sudah kematian ibu.

Fizi, kawan Upin Ipin yang mencetuskan ‘kemarahan’ penonton dewasa kerana kelancangan mulutnya.

Katanya, walaupun seseorang itu sudah tidak mempunyai ibu tapi tidak perlu bersedih kerana jalan ke syurga tetap ada.

“Wahai anak yang tiada mak, jangan sedih ya. Walaupun mak kita dah meninggal, jalan ke syurga tetap ada. Iaitu doa anak yang soleh. Apa guna kalau mak ada tapi jadi anak derhaka,” katanya yang turut memuat naik sebuah dalil.

Antara lain, dalil tersebut bermaksud, bila mati anak Adam, putuslah amalnya kecuali tiga hal, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

Tegasnya, dalam dunia ini berapa ramai yang masih ada mak tapi biadab dan kurang ajar. Sebaliknya melebihkan kekasih daripada mak dan sanggup menghantar ibu tercinta ke rumah orang tua.

Malah melakukan pelbagai penderhakaan terhadap wanita yang telah mengandungkan kita (anak) selama sembilan bulan itu.

Tambahnya, sekurang-kurangnya, orang yang tidak mempunyai mak, tak adalah dosa dengan maknya.

Biarpun kata-kata daripada PU Azman dilihat begitu santai namun maksud yang tersirat di sebaliknya amat menusuk jiwa.

Semoga kontraversi ungkapan Fizi daripada animasi Upin Ipin itu dapat memberi kita pengajaran untuk muhasabah diri masing-masing.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here