Wajarkah bandingkan arak dengan sekolah tahfiz

0
390
Penasihat 99 Kesan, Datuk Nor Shabudin Monil (dua dari kiri) dan wakil NGO menunjukkan salinan laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Beberapa NGO di negeri ini mempersoal kewajaran aktivis, Siti Kassim membandingkan arak yang jelas haram di sisi agama Islam dengan institusi agama iaitu sekolah tahfiz.

Penasihat 99 Kebajikan Insan (Kesan), Datuk Nor Shabudin Monil berkata, kenyataan Siti Kassim tersebut adalah sesuatu yang tidak relevan sama sekali.

“Kenyataan yang mengaitkan pengharaman arak dengan pengurusan sekolah tahfiz amat mengguris hati umat Islam di negara ini. Apa relevannya mengaitkan arak yang jelas haram di sisi Islam dengan pengurusan pusat tahfiz.

“Saya berharap pihak polis menyiasat dakwaan tersebut kerana ia bersifat menghasut. Saya juga berharap blogger yang terlibat menyokong beliau turut disiasat,”katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di sini semalam.

Antara yang hadir, wakil NGO daripada Gerakan Belia 4B Kota Raja dan Majlis Belia Selangor Daerah Gombak.

Laporan polis dibuat susulan kenyataan Siti Kassim yang dilaporkan berita dalam talian yang mana beliau mencadangkan sekolah tahfiz diharamkan sekiranya pihak berkuasa mahu mengharamkan penjualan arak.

Kenyataan tersebut dibuat susulan tindakan PAS yang mencadangkan untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.

Shabudin berkata, isu arak dan pemandu mabuk perlu diselesaikan mengikut laras perundangan bukan dengan membuat kenyataan yang lebih mengeruhkan keadaan.

“Kes pemandu mabuk melanggar orang ramai hingga menyebabkan kematian semakin bertambah. Kita pun sudah membuat desakan demi desakan agar hukuman berat dikenakan kepada pemabuk.

“Ini masalah yang melibatkan keselamatan rakyat Malaysia jadi carilah jalan penyelesaian bukan mengusutkan keadaan,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here