Langgar normal baharu: Dua restoran ditutup

0
668
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd.Rashidi Ruslan (paling kiri) sedang melihat pekerja restoran mengalihkan meja agar selaras dengan SOP bagi mengekang wabak Covid-19.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Dua restoran ditutup kerana melanggar normal baharu atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Timbalan Datuk Bandar, Mohd.Rashidi Ruslan, sepatutnya pemilik restoran melaksana prosedur imbasan QR Code di bawah aplikasi Selangkah yang dibangunkan Kerajaan Negeri Selangor tetapi ia tidak dipatuhi.

“Sehubungan dengan itu kita menutup restoran ini atas beberapa kesalahan melibatkan pelanggaran SOP seperti tiada penjarakan sosial dan kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

“Selain penemuan lipas dan najis tikus di dalam kawasan premis ada beberapa kesalahan lain yang menyebabkan kompaun dikeluarkan,”katanya.

Beliau berkata dalam Operasi Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Seksyen 19 di sini hari ini.

Mohd.Rashidi berkata, arahan tutup maksima selama 14 hari tersebut adalah dengan tujuan memberi masa kepada pemilik premis untuk membuat kerja pembersihan sehingga pihak MBSA berpuas hati dengan tahap kebersihan premis untuk beroperasi semula.

Katanya lagi, selepas premis dibuka pihak MBSA akan memastikan SOP bagi mengekang penularan Covid-19 dipatuhi pemilik premis.

“Justeru saya menasihatkan orang ramai untuk turut patuh dengan SOP yang ditetapkan Kerajaan Selangor dengan mengimbas QR Code bagi membolehkan kita mengumpul data jika seseorang pengunjung tertentu dijangkiti Covid-19.

“Hari ini tiada pengunjung dikenakan kompaun RM1000 tersebut kerana kehadiran kita disedari mereka,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here