Pembelaan: Mahkamah perlu ketepi keterangan bekas menteri terhadap Najib

0
562

PASUKAN pembelaan Najib Razak hari ini berhujah dalam perbicaraan kes rasuah SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta bahawa keterangan seorang bekas menteri terhadap bekas perdana menteri itu perlu diketepikan

Peguam belas Farhan Read berkata terdapat persoalan mengenai kredibiliti bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah sebagai saksi kerana beliau telah menyalahkan Najib atas dakwaan gangguan seksual yang dituduh dilakukannya.

“Ini isu yang sangat peribadi – salah laku seksual tetapi beliau menyalahkan Najib atas hal itu. Bagaimana tanggapan seseorang terhadap individu yang bertanggungjawab atas tuduhan ini?

“Lebih penting lagi, bagaimana menterjemahkan keterangan (Ahmad Husni) terhadap tertuduh?

“Bolehkah kami mempercayai apa yang beliau katakan dan menghargai apa yang dikatakannya,” soal Farhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa sesi penyerahan pembelaan.

Husni semasa memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan, antara lain mendakwa bahawa beliau berbohong bagi melindungi Najib.

Bekas menteri kewangan kedua itu semasa memberi keterangan berkata peletakan jawatannya tiga tahun lalu bukan kerana skandal 1MDB.

Walaupun Husni berusaha melindungi Najib, namun beliau mendakwa Najib telah ‘mendalangi’ tuduhan gangguan seksual terhadapnya.

Ketika memberi keterangan di mahkamah, Husni juga mendakwa bahawa Najib pada tahun 2015 telah menyekatnya dari pergi ke Switzerland untuk mengetahui apa yang terjadi terhadap dana SRC International yang bernilai berbilion ringgit yang dikatakan telah dibekukan.

Dana tersebut adalah pinjaman yang dikeluarkan dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Pada masa itu, Najib ialah perdana menteri dan menteri kewangan.

Farhan juga memetik transkrip keterangan Husni yang mana bekas menteri itu mengesahkan beliau dikatakan telah mengancam untuk mendedahkan Najib.

“Bagaimana ini diterjemahkan terhadap kredibiliti saksi?

“Mahkamah ini perlu berhati-hati dalam mengambil keterangan SP56 (Husni) berdasarkan semua keadaan ini,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/528344

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here