20 kes jangkitan baharu Covid-19, tiada kematian

    0
    314

    PUTRAJAYA — Tiada korban baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 115 orang.

    Dalam perkembangan sama, 20 kes jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,877 orang sehingga kini.

    “Ingin dimaklumkan daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

    “Daripada 5 kes penularan di dalam negara, 3 kes adalah bukan warganegara dan 2 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

    Ketika ini, seramai 1,292 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 6 di unit rawatan rapi dengan 2 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

    Sementara itu, Hisham mengumumkan 66 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,470 orang sehingga kini.

    https://bit.ly/2MlGfl9

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here