MRSM dilarang kutip bayaran daripada ibu bapa, murid

0
483
FOTO: Wikimedia Commons/Photo by CEphoto, Uwe Aranas or alternatively © CEphoto, Uwe Aranas / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)

KUALA LUMPUR — Pengurusan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak dibenarkan mengutip sebarang bayaran termasuk caruman bulanan daripada ibu bapa dan murid selagi ia tidak dibenarkan beroperasi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran hanya dibolehkan semula apabila MRSM dibuka dan dibenarkan beroperasi semula seperti biasa nanti.

“Tidak perlu (bayar caruman bulanan). MRSM tidak boleh mengutip sebarang bayaran termasuk caruman dan sebagainya kerana masih belum dibenarkan beroperasi.

“Apabila dibuka (nanti), apa sahaja bayaran serta caruman yang dikutip sebelum ini, boleh mula dibayar,” katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/695519/mrsm-dilarang-kutip-bayaran-daripada-ibu-bapa-murid

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here