DRB-HICOM meterai perjanjian ambil alih MCVSB

0
787

KUALA LUMPUR — DRB-HICOM Bhd menandatangani perjanjian penjualan dan pembelian saham dengan Enigma Permata Sdn Bhd (EPSB) untuk membeli baki 49 peratus pegangan saham dalam Media City Ventures Sdn Bhd (MCVSB) bukan milik DRB-HICOM, dengan nilai RM100 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, DRB-HICOM berkata baki pegangan saham itu terdiri daripada 49,000 saham biasa dalam MCVSB (saham penjualan) daripada EPSB.

MCVSB adalah syarikat pegangan pelaburan dan mempunyai anak syarikat milik penuh, Media City Holdings Sdn Bhd (MCHSB) yang, juga, memiliki sepenuhnya Media City Development Sdn Bhd (MCDSB).

MCVSB, MCHSB dan MCDSB dikenali sebagai MCVSB Group.

Pada 18 Dis, 2015 DRB-HICOM telah selesai membeli 51 peratus kepentingan ekuiti dalam MCVSB atau 51,000 saham biasa daripada EPSB dengan nilai RM85.68 juta.

Sebagai pemegang saham sedia ada sebanyak 51 peratus dalam MCVSB, pihaknya telah menguruskan MCVSB Group dan tidak menjangka sebarang risiko tambahan atau baharu daripada cadangan pembelian itu.

Cadangan pembelian itu akan membolehkannya menggabungkan pulangan kewangan daripada MCVSB Group daripada perjanjian konsesi dan pajakan serta potensi pulangan yang menguntungkan daripada pembangunan tanah pertukaran dalam jangka sederhana.

Pembelian itu dijangka tidak memberi impak yang ketara kepada aset bersih dan pendapatan DRB-HICOM Group untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here