UK akan pinda syarat imigresen bagi warga Hong Kong jika China meluluskan undang-undang baharu

0
302

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BRITAIN akan pinda peraturan imigresen dan menawarkan berjuta warga Hong Kong ‘laluan ke arah mendapatkan kewarganegaraan British’ sekiranya China melaksanakan undang-undang keselamatan baharu.

Menurut Perdana Menteri British Boris Johnson yang menulis dalam akhbar The Times, United Kingdom tidak mempunyai pilihan selain berusaha memelihara hubungan dengan bekas wilayahnya itu.

China dikecam hebat berikutan pengumuman untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.

Sebahagian besar warga Hong Kong bimbang undang-undang tersebut akan menghadkan kebebasan mereka.

Dalam pada itu UK sedang berunding dengan Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu lain, termasuk Australia bagi mencari jalan menangani kesan daripada undang-undang China itu.

Secara khususnya undang-undang keselamatan baharu itu akan menjadikan jenayah bagi sesiapa mempersoalkan kuasa Beijing.

Dalam artikel yang disiarkan dalam The Times itu Boris mengesahkan bahawa jika China meluluskan undang-undang tersebut warga Hong Kong yang memegang pasport ‘British National Passport’ (BNO) akan dibenarkan memasuki UK untuk 12 bulan tanpa visa. Syarat sekarang hanya enam bulan.

Kira-kira 350,000 penduduk Hong Kong memegang pasport BNO, tetapi seramai 2.6 juta juga layak untuk mendapatkan status tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here