KPM belum arah guru kembali bertugas

0
494
fotoBERNAMA

PUTRAJAYA — Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata tiada arahan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk guru memulakan tugas mereka.

Beliau berkata, setakat ini hanya anggota khidmat urusan di sekolah seperti kerani yang memulakan tugas mereka.

“Sekolah masih belum dibuka. Oleh itu pihak KPM masih belum keluar arahan.

“Kerani adalah kerana termasuk dalam kakitangan awam, sudah mula tugas,” katanya pada sidang media harian ketika ditanya sama ada guru sudah dipanggil bertugas atau belum.

Ismail berkata sekiranya guru secara sukarela mahu menolong guru besar, ia bukanlah arahan daripada KPM.

Sebelum itu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin memberi bayangan hanya pelajar Tingkatan 4 dan 6 di kira-kira 3,000 sekolah menengah seluruh negara akan terbabit dalam pembukaan semula sekolah.

Sekolah di negara ini yang ditutup untuk cuti sekolah penggal pertama pada 14 Mac lalu masih ditutup akibat perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

April lalu, KPM mengumumkan penangguhan 2 peperiksaan utama sekolah menengah, SPM dan STPM, serta UPSR darjah 6 dibatalkan.

Benar perkahwinan bukan Islam

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata pendaftaran perkahwinan untuk bukan Islam dibenarkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Namun, katanya hanya 4 orang dibenarkan iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan 2 saksi.

Pelakon tak perlu saringan

Ismail berkata para pelakon tidak diwajibkan membuat ujian swab buat masa ini kerana tiada kluster daripada penggambaran filem.

Namun, beliau berkata ia digalakkan jika mereka sukarela ingin menjalaninya.

“Kalau ada kes baru baru buat arahan ujian swab wajib,” katanya.

Ismail berkata pendandan artis juga perlu patuhi SOP semasa pengambaran filem.

“SOP mereka bangunkan seperti pendandan pakai ‘face shield’, kena pakai sarung tangan dan peralatan khusus setiap individu.

“Tak kongsi, setiap artis berbeza. Tak ada percampuran alat ‘make up’,” katanya.

Mengenai sama ada PKPB disambung atau tidak selepas 9 Jun, beliau berkata perkara itu akan diumumkan nanti kerana belum ada perbincangan mengenainya.

https://bit.ly/2Y06Z05

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here