AS larang penerbangan penumpang dari China

0
384
FOTO: Wikimedia Commons/Glenn Beltz from Goleta, USA / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

AMERIKA Syarikat melarang penerbangan penumpang dari China bermula 16 Jun depan.

Tindakan tersebut merupakan isyarat terbaharu sejak tercetus ketegangan di antara dua gergasi ekonomi dunia itu.

Jabatan Pengangkutan AS berkata tindakan itu adalah sebagai tindak balas ke atas Beijing yang melarang semua penerbangan ke China walaupun wabak Covid-16 semakin reda, lapor bbc.com

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini krisis Covid-19 dan dasar China di Hong Kong menyaksikan kedua-dua negara bergelut dalam pelbagai kontroversi.

Arahan oleh Jabatan Pengangkutan itu merujuk kepada empat syarikat penerbangan, iaitu Air China, China Eastern Airlines, China Southern Airlines dan Hainan Airlines yang meneruskan penerbangan di antara kedua-dua negara sewaktu wabak Covid-19, walaupun jadual dikurangkan.

Arahan terbaharu itu, bagaimana pun, memerlukan kelulusan daripada Presiden Donald Trump yang telah beberapa kali menuduh China mengamalkan ketidakadilan dalam perdagangan, selain mempersoalkan cara negara tersebut menangani Covid-19 dan protes di Hong Kong.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here