Selepas kuarantin, Muhyiddin mulakan tugas dengan menghadap Agong

    0
    354
    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sesi Pra-Kabinet menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini.
--fotoBERNAMA

    PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin memulakan tugas selepas menjalani kuarantin selama 14 hari dengan mengadap Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi sidang video.

    Perdana menteri kemudian mempengerusi mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota.

    “Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di 2 bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra,” kata kenyataan di Facebook.

    Langkah julung kali itu bagi mejamin penjagaan kesihatan yang ketat dan penjarakkan sosial, selepas perdana menteri dikuarantin pada 22 Mei selepas seorang pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif Covid-19.

    Sepanjang tempoh kuarantin, Muhyiddin bertugas dari rumahnya.

    “Pada 2 Jun, perdana menteri sekali lagi menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif,” katanya.

    https://bit.ly/303VY0g

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here