Kepulauan Maldives sedia dibuka kepada pelancong Julai depan

0
619
FOTO: Wikimedia Commons/Adaaran Club Rannalhi / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)

Oleh FETTY RARA

DESTINASI percutian dan berbulan madu popular dunia, Kepulauan Maldives akan dibuka semula kepada pelancong antarabangsa bulan depan.

Akhbar The Evening Standard memetik Lembaga Pelancongan negara itu mengumumkan pembukaan secara berperingkat yang menjangkakan permulaan kemasukan penerbangan luar bermula pada Julai depan, walaupun jet-jet peribadi dan kapal persendirian telah pun dibenarkan memasuki negara tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Maldives berkata pintu masuk sempadan akan dibuka pada Julai 2020 dan semua pelancong tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan setelah satu inisiatif sebelum ini mencadangkan caj pendaratan dan caj-caj lain ke atas pelancong.

Kerajaan Maldives juga akan mengeluarkan ‘Lesen Pelancongan Selamat’ kepada hotel dan pemilik penginapan lain di negara itu bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelancong, termasuk penyediaan peralatan perlindungan peribadi dan kemudahan doktor pada bila-bila masa.

Cadangan terbaharu yang dilaksanakan termasuk syarat ke atas semua pelancong yang tiba menunjukkan bukti tempahan sah dengan mana-mana hotel yang memiliki Lesen Pelancongan Selamat.

Pelancongan juga perlu mempunyai sijil kesihatan yang mengesahkan bahawa mereka negatif Covid-19 sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tiba ke Kepulauan Maldives.

Pada 2019 Kepulauan Maldives menerima sebanyak 1.7 ketibaan pelancong dan tahun ini dijangkakan jumlah akan melonjak kepada 2 juta, tetapi disebabkan wabak Covid-19 keadaan telah merosot lebih teruk daripada impak tsunami 2004 dan krisis kewangan global 2008,kata menteri pelancongan Ali Waheed.

Menurut Ali buat pertama kali dalam 47 tahun sektor pelancongan Maldives mengalami ketibaan sifar pelancong sejak Mac lalu. Oleh yang demikian beliau berkata negara itu tidak boleh terus menutup pintu sempadan lebih lama lagi.

Kepulauan Maldives mencatatkan sebanyak 1,841 kes jangkitan Covid-19 dengan tujuh kematian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here