IPC giat usaha kurang sisa buangan

Pusat beli-belah komuniti tukar ‘Sisa kepada Harta’ untuk mempertingkatkan usaha kitar semula dalam ‘kebiasaan baharu’

0
343

KUALA LUMPUR – Usaha kitar semula di negara ini seolah-olah sudah terhenti buat seketika menyebabkan peningkatan dalam bahan buangan di tapak pelupusan sampah kita.

Bagi memanfaatkan sepenuhnya inisiatif kelestarian tahunannya, Pusat Beli-Belah IPC melancarkan kempen ‘Trash to Treasure’ (Sisa kepada Harta) untuk membantu masyarakat menjadikan amalan  kitar semula sebagai sebahagian daripada ‘kebiasaan baharu’.

Bermula 1 Jun hingga 2 Ogos 2020, pengunjung boleh menghantar bahan kitar semula mereka ke Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (RBBC) IPC seterusnya menikmati ganjaran hebat eksklusif bagi kategori bahan-bahan tertentu.

IPC ialah destinasi beli-belah pertama menyediakan kemudahan seperti RBBC sejak 2009. Pada tahun ini, IPC akan meneruskan usaha menjadi pusat beli-belah perintis untuk memperkenalkan dua kategori kitar semula baharu – makanan dan fabrik.

Bukan Setakat Sisa Makanan

Kira-kira 44.5 peratus daripada sisa domestik harian terdiri daripada bahan buangan makanan. Sisa ini bukan sahaja berakhir di tapak pelupusan, tetapi juga mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan pencemaran udara.

Selain itu, sisa makanan boleh menjejaskan kualiti air tanah. Pada tahun lepas, IPC telah melancarkan program perintis sisa makanan bersama para penyewa kedai makan minum (F&B) di mana mereka telah berjaya mengumpul lebih 10 tan sisa makanan dalam jangka masa setahun.

Mengendalikan Pakaian Lama

Di samping itu, IPC akan menyediakan tong kutipan fabrik dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk membolehkan pengunjung melupuskan produk berasaskan fabrik masing-masing, termasuk pakaian, mainan lembut, kasut, beg, kain linen dan kain langsir.

Sepertimana bahan kitar semula lain, pengunjung boleh pandu lalu dan memasukkan sisa fabrik di RBBC. Fabrik yang dikutip akan  diasingkan untuk disumbangkan atau dikitar semula menjadi kain pengelap atau diproses menjadipakaian baharu.

“Semua yang kami lakukan di sini adalah demi masyarakat,” kata Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran Digital IPC Shopping Centre, Mark Tan.

Kempen ‘Sisa kepada Harta’ memberi ganjaran kepada pengunjung setiap kali mereka menghantar bahan kitar semula ke RBBC, termasuk bahan kitar semula kertas, aluminium dan plastik. Untuk mendapatkan ganjaran berganda:

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here