Shahruddin letak jawatan timbalan menteri kerja raya, mahu perbetul ‘kesilapan’

    0
    552

    AHLI Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai timbalan menteri kerja raya secara mengejut berkuat kuasa hari ini.

    Shahruddin dalam kenyataan berkata, beliau membuat “ijtihad politik” yang kurang tepat ketika menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya beliau seharusnya memberi keutamaan kepada pengundi di kawasan Parlimennya.

    “Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading sudah memilih Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14.

    “Sebagai langkah awal bagi membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

    Isnin lepas Shahruddin menyuarakan harapan supaya Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad berdamai bagi menguatkan semula PPBM.

    https://bit.ly/2XwtURC

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here