KiplePay keluarkan kad prabayar Visa

0
452

KUALA LUMPUR — KiplePay Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa pihaknya kini boleh mengeluarkan kad prabayar Visa di samping turut menyertai program Laluan Pantas FinTech (FinTech Fast Track program) anjuran Visa.

Sebagai peneraju dunia dalam pembayaran digital, Visa telah memperluaskan program Laluan Pantas Fintech di Malaysia untuk membolehkan syarikat-syarikat FinTech memperoleh akses ke rangkaian Visa.

Program ini adalah sebahagian daripada strategi global Visa untuk meluaskan rangkaiannya dan menyokong pelbagai pihak yang sedang membangunkan pengalaman dalam perdagangan baharu.

“Di Visa, tumpuan kami adalah untuk turut terlibat dan membangunkan perkongsian strategik dengan komuniti FinTech. Kami amat teruja apabila KiplePay menyertai kami sebagai rakan kongsi program Laluan Pantas Fintech serta sebagai sebuah pengeluar utama.

“Dengan penyertaan KiplePay, kami dapat berhubung dengan segmen yang kurang terlayan di Malaysia seperti komuniti peniaga dan pelajar, serta menawarkan penyelesaian pembayaran bersesuaian untuk memastikan pergerakan dana berjalan dengan lancar dan selamat.

“Ini sejajar dengan objektif kami dan matlamat kerajaan untuk mempercepatkan penggunaan pembayaran digital di negara ini,” ujar Ng Kong Boon, Pengurus Negara untuk Visa Malaysia.

Kay Tan, Ketua Pegawai Eksekutif KiplePay berkata perkongsian ini merupakan pengesahan kepada usaha inovatif yang dijalankan di KiplePay dalam ruangan FinTech.

Perkongsian ini juga membuka peluang kepada KiplePay untuk memperluaskan penawaran produk dan penyelesaian mereka, tambah beliau.

Tan berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk memperkenalkan pembayaran digital di Malaysia termasuk Bank Islam, untuk melancarkan kipleUNI, iaitu sebuah ekosistem pembayaran tanpa tunai untuk universiti di seluruh Malaysia.

KiplePay merupakan salah satu daripada beberapa rakan kongsi FinTech di Malaysia yang memudahkan pelepasan dana di bawah beberapa program kebajikan khusus negeri, dan telah melancarkan inisiatif platform digital dengan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu untuk membantu 20,000 peniaga dan pedagang bazar menyambung semula perniagaan mereka semasa wabak Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here