Kaka Azraff kini isteri kepada Adam Azriff

0
354
Oleh Khadijah Ibrahim
(Penganalisis BebasNews)

 

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Kaka Azraff, 29, yang kini sah bergelar isteri kepada Adam Azriff, seorang usahawan.

Penyanyi lagu Bawa Kupergi itu selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz kira-kira pukul 9.53 malam, 14 Disember 2018, yang diwalikan oleh bapa saudaranya, Nor Izam Aminuddin dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.

Kaka yang anggun dengan busana putih bertemakan Melayu Klasik itu dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan turut menerima mas kahwin bernilai RM300.

Bagi meraikan cinta pasangan mempelai ini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Tahniah Kaka, selamat melangkah ke alam kehidupan baharu.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here