Terima kasih dari hati

FOTO: NSTP.

SAYA hanya mahu tulis beberapa ayat saja hari ini. Sebabnya tak mahu campur aduk dengan benda lain.

Pada waktu ini banyak negara di dunia sedang teruk dibaham Covid 19. Terlalu ramai dah mati.

Tapi negara kita sudah hampir berjaya membaham Covid 19.

Kemarin tiada kematian. Kes baru warganegara hanya empat orang, kes penularan tempatan 275 (empat Warga Negara, 271 Bukan Warga Negara dalam kuarantin), dan dua kes import.

Kita pun berasa lega seleganya. Tidak gerun sangat lagi kita seperti dulu.

Kenapa kita boleh berjaya lebih daripada orang lain?

Kerana Allah SWT telah Mengkabuli doa kita.
Kerana Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berlaku bijak dan bertanggungjawab memerangi Covid 19, walaupun menghadapi banyak dugaan lain.
Kerana Datuk Dr Nor Hisham Abdullah dan pasukan Barisan Hadapannya telah  memerangi Covid 19 mempertaruhkan nyawa sendiri.
Kerana  Rakyat patuh kepada nasihat dan arahan Kerajaan.

TERIMALAH UCAPAN TERIMA KASIH SETULUSNYA DARI HATI SAYA YANG KECIL INI, KERANA SAUDARA SEKELIAN TELAH MEMBAWA NEGARA KITA KE PARAS SELAMAT.

— BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here