‘POP Travels Cer Citer’ inisiatif pulih pelancongan Perak

0
481
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi ketika merasmikan Pertandingan Penghasilan Video Kreatif 'Pride of Perak' (POP) Travel Cer Citer di Bangunan Perak Darul Ridzuan. --fotoBERNAMA

KE ARAH memulakan langkah awal bagi memulihkan sektor pelancongan di Negeri Perak yang terjejas akibat COVID-19 dan sekali gus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Majlis Tindakan Pelancongan Perak (PTAC) telah merangka ‘Panduan Amalan Baik Negeri Perak: Pematuhan SOP dan Peningkatan Keyakinan Pelancong’.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata usaha tersebut bertujuan menambah baik SOP sedia ada agar bersesuaian dengan norma baharu serta memenuhi keperluan industri pelancongan di negeri ini.

“Dokumen SOP perhotelan, homestay dan kampungstay telah disiapkan sebagai garis panduan kepada para pengusaha penginapan.

“Ini bagi meyakinkan para pelancong bahawa percutian mereka adalah selamat daripada sebarang ancaman penyakit berjangkit,” katanya dalam sidang media POP Travels Cer Citer, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Katanya inisiatif tersebut adalah bagi mempertingkatkan kemahiran individu yang kehilangan pekerjaan dalam industri pelancongan akibat wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahmad Faizal berkata ‘POP Travels Cer Citer’ juga akan menyasarkan golongan pemandu pelancong berlesen di negeri ini.

“Mereka kan diberikan pendedahan untuk menjadi ‘influencer’ menerusi latihan selama dua bulan. Video penceritaan bakal mempromosikan Perak sekali gus menjadikan pemandu pelancong lebih kreatif dan inovatif,” katanya.

Jelas Ahmad Faizal, sehingga kini daripada 570 pemandu pelancong yang aktif, 200 daripadanya memang berasal dari negeri ini.

fotoBERNAMA

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here