Kereta murah? Pengecualian 100 peratus cukai jualan kereta

1
11757

KERAJAAN akan mengecualikan cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020, bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

Insentif pengecualian cukai itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen, hari ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengecualian 50 peratus cukai bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh sama.

– Bernama

Please follow and like us:

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here