1 kematian dilaporkan, 19 kes baharu Covid-19

0
343

PUTRAJAYA — Seorang lelaki berusia 61 tahun meninggal dunia hari ini dalam kes berkaitan Covid-19, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 115 orang.

Dalam perkembangan sama, 19 kes jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,266 orang sehingga kini.

“Daripada 19 kes baharu yang dilaporkan, 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 12 kes penularan di dalam negara, 3 kes adalah bukan warganegara dan 9 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini, seramai 1,540 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 6 di unit rawatan rapi dengan 1 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 51 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,610 orang sehingga kini.

https://bit.ly/3dCClQG
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here