RON95, RON97 naik 5 sen, diesel naik 2 sen

    0
    227

    HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 5 sen manakala diesel naik 2 sen berbanding minggu lalu, menurut Kementerian Kewangan.

    Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, harga RON95 bagi tempoh 6 hingga 12 Jun adalah RM1.48 seliter, berbanding RM1.43 seliter sebelum ini.

    Harga RON97 bagi tempoh itu pula pada RM1.78 seliter, berbanding RM1.73 seliter sebelum ini.

    Harga diesel dijual pada harga RM1.63 seliter berbanding RM1.61 seliter sebelum ini.

    Kementerian itu berkata, kenaikan dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses yang meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

    https://bit.ly/3dAmLVL

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here